Masjid, madrasah terbakar di Lahad Datu
Qaisara Umaiyah
Januari 30, 2020 08:03 MYT
Januari 30, 2020 08:03 MYT
Seramai 21 orang pelajar dan guru madrasah terselamat dalam kebakaran sebuah masjid dan madrasah yang terletak di Kampung Sepagaya Ulu, Batu 6, di sini, tengah malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima kira-kira pukul 12.09 tengah malam.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 8 kilometer.
Operasi diketuai Pegawai Kanan Bomba 2 Asmori Dahhiarsyah bersama tujuh anggota lain serta sebuah jentera penyelamat FRT dan EMRS.
Kebakaran melibatkan Madrasah Al Imam dan sebuah masjid jenis separuh kekal, berkeluasan 100 kaki x 50 kaki, yang terbakar 80 peratus.
"Operasi dapat dikawal kira-kira pukul 12.29 tengah malam dan tamat sepenuhnya pada pukul 2.09 pagi," kata Asmori.
Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Kesemua 18 pelajar selamat dan tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan, tambahnya.
#Asmori Dahhiarsyah
#bomba
#guru
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Kampung Sepagaya Ulu
#kebakaran
#Lahad Datu
#madrasah
#masjid
#pelajar