Masjid hendaklah kekal sebagai rumah ibadat yang dihormati - JAIPs

Bernama
Januari 24, 2019 04:54 MYT
Umat Islam sepatutnya memastikan masjid dikekalkan sebagai tempat ibadat dan perpaduan ummah. - Gambar hiasan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) mengingatkan umat Islam agar tidak menyalahgunakan masjid di seluruh negeri ini untuk tujuan yang tidak selari dengan fungsi rumah ibadat itu.
Pengarah JAIPs Dr Hazman Hassan berkata umat Islam sepatutnya memastikan masjid dikekalkan sebagai tempat ibadat dan perpaduan ummah.
"Jika ada pihak yang ingkar arahan ini, hendaklah ditegah serta-merta dan dilaporkan ke JAIPs untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kenyataan itu susulan demonstrasi aman yang dilakukan oleh kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar kerana menuntut penjelasan pemecatan 25 imam oleh JAIPs melalui surat tanpa menyatakan sebab pada akhir Disember lepas
-- BERNAMA
#Dr Hazman Hassan #Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis #JAIPs #masjid #menyalahgunakan #rumah ibadat #Umat Islam
;