Masing pemimpin berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan wibawa - PM

Afiezy Azaman
Oktober 31, 2021 12:37 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan mendiang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.
KUALA LUMPUR: Pemergian mendiang Tan Sri James Jemut Masing satu kehilangan besar kepada Sarawak dan juga negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan mendiang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.
"Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang. Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila.
"Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, pada jam 7.05 pagi tadi.
Mendiang yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Selepas kesihatannya semakin merosot, beliau dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah, minggu lalu.
#James Jemut Masing #ismail sabri yaakob #Perdana Menteri #Presiden PRS
;