Masih ramai yang ditahan langgar SOP! Ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Julai 24, 2021 20:16 MYT
337 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 332 dikompaun, manakala lima direman - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan terus bertegas dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Semalam sahaja, 337 individu ditahan kerana ingkar SOP.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyatan hari ini.
Berikut lima tumpuan kenyataan beliau:
1. Sebanyak 49 premis meliputi kilang, premis perniagaan serta tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP PPN.
2. 337 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 332 dikompaun, manakala lima direman.
3. PKPD di daerah Kinta, Perak; Rompin, Pahang; Pendang, Kedah; Beaufort, Beluran, Kudat serta Lahad Datu, Sabah. Ia bermula 26 Julai hingga 8 Ogos.
4. Beberapa lokaliti di Sabah turut ditamatkan PKPD pada 25 Julai ini.
5. Sebanyak 735 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara setakat semalam.
#SOP #Timbalan Perdana Menteri #PKPD #langgar SOP #Covid-19 Malaysia #PKP 3 0 #MCO 3 0 #berita hari ini
;