Masih ramai gagal patuhi penjarakan fizikal - Ismail Sabri
Ridauddin Daud
November 16, 2020 17:28 MYT
November 16, 2020 17:28 MYT
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 463 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan paling banyak dikesan adalah gagal mematuhi penjarakan fizikal.
“Daripada jumlah itu, seramai 427 individu telah dikompaun manakala 36 direman.
“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk: Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (173), tidak memakai pelitup muka (67), aktiviti perjudian (51), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran.
“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.
Menurutnya, agensi lain terus mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu dari dibolosi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19.
“Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 28 PATI dan dua tekong dalam operasi yang diadakan di seluruh negara,” ujarnya.
#PKPP
#PDRM
#SOP
#penjarakan fizikal
#polis
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan
#Menteri Pertahanan
#Polis Diraja Malaysia
#PKPB
#pati
#pelitup muka
#operasi
#menteri
#jenayah