Masih banyak mahu dilakukan demi manfaat Keluarga Malaysia - PM

Afiezy Azaman
Ogos 21, 2022 11:40 MYT
Ismail Sabri berkata, ini termasuk pengukuhan Institusi Parlimen dan Kehakiman serta membentangkan Akta Pendanaan Politik untuk politik negara yang lebih sihat. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Masih banyak usaha yang mahu dan sedang dilakukan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia termasuk memperkukuhkan institusi-institusi politik yang ada sehingga ia menjadi inklusif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk pengukuhan Institusi Parlimen dan Kehakiman serta membentangkan Akta Pendanaan Politik untuk politik negara yang lebih sihat.
"Masih banyak agenda yang boleh kita laksanakan.
"Masih ramai golongan yang perlu kita bantu, baik golongan miskin, golongan wanita, golongan wanita, golongan orang kurang upaya dan sebagainya.
"Saya berharap agar kita akan terus dapat menguatkan tekad dan semangat untuk sama-sama berusaha
memantapkan lagi pentadbiran kerajaan dan memulihkan ekonomi negara untuk manfaat seluruh Keluarga Malaysia," katanya sempena perasmian Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, di sini, pada Ahad.
Kata Ismail Sabri, Kerajaan Keluarga Malaysia sedang berusaha memperkukuhkan institusi-institusi politik yang ada sehingga ia menjadi inklusif kerana ia memelihara hak-hak ke atas harta, mewujudkan padang permainan sama rata, dan menggalakkan pelaburan dalam skil dan teknologi baharu.
#ismail sabri yaakob #Akta Pendanaan Politik #perkukuhkan institusi politik #pengukuhan Institusi Parlimen dan Kehakiman
;