Masih ada keperluan guna aplikasi MySejahtera - Khairy

Harits Asyraf Hasnan
Mac 31, 2022 18:29 MYT
Kata Khairy berdasarkan fungsi MySejahtera yang sedia ada, adalah terbukti bahawa aplikasi tersebut sememangnya telah banyak mempermudah dan membantu urusan kawalan pandemik COVID-19 ketika ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandangan masih terdapat keperluan untuk terus menggunakan aplikasi MySejahtera menerusi fungsi-fungsi yang telah tersedia.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penggunaan aplikasi itu diteruskan walaupun selepas ini negara akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
"Pengkalan maklumat MySejahtera adalah antara yang terbesar di dunia.
"Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk terus menggunakan MySejahtera sebagai aplikasi.
"Malaysia Medical Association menyarankan supaya aplikasi ini terus digunakan sebagai perintis rekod kesihatan EMR yang KKM sedang mengkaji.
"Ada fungsi seperti check-in yang boleh dihapuskan, tetapi kita boleh pivot kepada fungsi lain dalam aplikasi ini," katanya di Dewan Negara hari ini.
Jelasnya, berdasarkan fungsi MySejahtera yang sedia ada, adalah terbukti bahawa aplikasi tersebut sememangnya telah banyak mempermudah dan membantu urusan kawalan pandemik COVID-19 ketika ini.
Beliau berkata demikian ketika menggulung usul khas berkait isu MySejahtera di Dewan Negara hari ini.
Kerajaan tidak pernah membuat pembayaran untuk aplikasi MySejahtera
#MySejahtera #Khairy Jamaluddin #Dewan Negara #COVID-19 #KKM
;