Masih ada gagal pakai pelitup muka

Madiha Abdullah
November 6, 2020 15:00 MYT
Tidak memakai pelitup muka terus catat kes kesalahan tertinggi, kata Ismail Sabri Yaakob. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hari ke 150 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menyaksikan 52,730 pemeriksaan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 456 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP pada Khamis.
Daripada jumlah itu, 455 dikompaun manakala seorang direman.
Masih berada di tempat paling atas dalam senarai kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka, iaitu seramai 143 individu.
Antara kesalahan lain pula ialah penjarakan fizikal (137), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (77) dan aktivti pusat hiburan (28).
Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong. Turut berjaya dirampas 9 kenderaan darat.
Seramai 9,312 individu yang pulang dari luar negara sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 384 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
BACA: Lima tumpuan dalam kenyataan media Ismail Sabri hari ini
#pelitup muka #ismail sabri yaakob #PDRM #Polis Diraja Malaysia #PKPP #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #operasi
;