Masih ada fitnah terhadap PM Anwar walaupun Ramadan - Setiausaha Akhbar Kanan
Afiezy Azaman
Mac 19, 2025 13:02 MYT
Mac 19, 2025 13:02 MYT
Terdapat usaha giat beberapa pihak yang terus komited menabur fitnah tanpa henti kepada Perdana Menteri dengan berbagai siri dan cerita lapuk yang diulang-ulang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Terdapat usaha giat beberapa pihak yang terus komited menabur fitnah tanpa henti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berbagai siri dan cerita lapuk yang diulang-ulang.
Ringkasan AI
- Terdapat usaha berterusan menabur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan cerita lapuk yang diulang-ulang.
- Fitnah ini menunjukkan keterdesakan pihak tertentu untuk mempengaruhi minda masyarakat, walaupun ketika bulan Ramadan.
- Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau agar fitnah ini tidak menggugat kesejahteraan negara dan rakyat.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, tohmahan berkenaan juga dibuat walaupun ketika bulan Ramadan.
"Ini menunjukkan keterdesakan pihak-pihak ini untuk cuba mempengaruhi minda masyarakat serta kontangnya idea mereka dalam usaha membangun negara.
"Memanjangkan fitnah terutama di bulan Ramadan merupakan serendah-rendah akhlak dan ditegah keras oleh Islam.
"Namun, kita akan terus memantau rapat agar ia tidak akan sesekali menggugat serta melemahkan semangat serta niat kita dalam menjamin kesejahteraan pada negara dan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, pada Rabu.