Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Pia Ernadya
Disember 3, 2024 23:40 MYT
Disember 3, 2024 23:40 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberi keterangan secara sukarela di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) Kota Kinabalu pada Selasa berhubung dakwaan video tular memaparkan perbualannya dengan seorang individu berkaitan dana RM300,000.
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
Ujarnya,seperti yang ditegaskan sebelum ini,beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak berwajib untuk menyiasat isu ini.
Terdahulu, tular sebuah video berkaitan dakwaan skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didedahkan menerusi sebuah portal berita.
Masidi mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau untuk kegunaan parti politik.
Tegasnya, beliau tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana percaya rakaman tersebut disunting.