Masalah pengangguran di Sabah akan diselesaikan - Mohd Shafie
Ruzaini Zulkepli
Mei 13, 2018 13:51 MYT
Mei 13, 2018 13:51 MYT
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memastikan masalah pengangguran di Sabah akan dapat diselesaikan.
Menurutnya, selain pembangunan di negeri ini, peluang pekerjaan untuk anak jati tempatan akan terus diperkasa.
"Saya yakin banyak lagi tanggungjawab yang akan mengambil masa. Ia tidak boleh diselesaikan dalam tempoh sehari dua.
"Perkara ini wajar dirancang secara menyeluruh demi meastikan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.
"(Tawarkan) peluang pekerjaan kepada mereka (rakyat) supaya rumah mereka mempunyai beras," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah Yang Ke-5, di Teluk Likas, hari ini.
#diselesaikan
#kesejahteraan
#Ketua Menteri Sabah
#Malaysia Memilih
#peluang pekerjaan
#pembangunan
#pengangguran
#Pilihan Malaysia
#rakyat
#Sabah
#Shafie Apdal