Perjanjian muktamad sudah pun ditandatangani antara DRB-Hicom dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Oleh itu sudah tiba masanya untuk Proton dan syarikat utama kereta China ini mula mengoperasikan perkongsian strategik yang saling menguntungkan kedua-dua pihak ini.
Dan, polemik kehilangan kedaulatan, menyerahkan identiti kereta negara serta menjualnya kepada China, mesti dihentikan kerana ia merupakan tuduhan politik yang tidak berasas dan bertujuan untuk meruntuhkan hasrat kerajaan untuk menyelamatkan Proton.
Kini, yang penting ialah sudah ada penyelesaian ekonomi untuk menyelamatkan Proton daripada kemelut kewangan yang muncul akibat model perniagaan yang tidak mampan sejak awal lagi.
Perjanjian ini bukan sahaja akan membuka peluang perniagaan yang baik kepada kedua-dua syarikat, malah turut menyumbang kepada kebangkitan semula industri automotif Malaysia dan kemunculan jenama tulen di rantau ini.
Matlamat untuk Proton, anak syarikat DRB-Hicom jelas, iaitu pulih dari segi kewangan dan merealisasikan kemapanannya menerusi kepakaran teknikal Geely, menembusi pasaran eksport dan mewujudkan kedudukan yang baik di ASEAN.
Ini berbanding daripada Proton untuk kekal 100 peratus miliki rakyat Malaysia, namun terpaksa menanggung ratusan juta ringgit, serta menjejaskan kebajikan beribu-ribu pekerja.
Ia pastinya tidak munasabah.
Tahniah kepada kerajaan kerana mengambil langkah berani dalam menghentikan pelan perniagaan lama yang tidak akan berjaya, serta DRB-Hicom untuk memperoleh rakan yang bersesuaian.
Laluan masa depan untuk Proton kini jelas.
Ia mesti memperoleh semula penguasaannya dalam pasaran domestik daripada hanya 12 peratus pada masa ini.
Kapasiti di Tanjung Malim mesti dimaksimumkan dengan menjadikan Malaysia hab kereta pemanduan kanan untuk Geely di rantau ini.
Dan jika ada kapasiti berlebihan, kilang itu juga akan diberi peluang untuk memasang kereta Volvo.
GEELY
Geely memiliki sepenuhnya Volvo, pembuat kereta Sweden.
Yang lebih penting, dengan memaksimumkan kapasiti ini ia akan dapat menjana peluang pekerjaan baharu yang akan memberi manfaat kepada ratusan ribu rakyat Malaysia.
Tanpa rakan strategik asing, kos sosial bagi pekerja Proton yang menganggur, terutama di Tanjung Malim, akan mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada ekonomi domestik.
Kilang Proton Tanjung Malim mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan satu juta kereta setiap tahun, namun kini hanya menghsilkan 72,000 kereta tahun lepas dengan syarikat melaporkan kerugian sebanyak RM1 bilion
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan, dan atas sebab itulah kerajaan mendorong DRB-Hicom untuk mencari rakan kongsi yang sesuai sebagai sebahagian daripada kriterianya untuk meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion.
Sudah pasti strategi utama daripada perkongsian itu adalah untuk menyediakan ruang untuk Proton menjadi antara pengeluar utama kereta di Asia Tenggara dan antara eksport utama Malaysia ke rantau ini.
Jumaat lepas, DRB-Hicom menandatangani perjanjian muktamad dengan Zhejiang Geely Holding untuk menjual 49.9 peratus kepentingan Proton kepada konglomerat China itu , yang melibatkan suntikan tunai sebanyak RM170.3 juta
Ini termasuk RM290 juta untuk model Geely Boyue, yang akan menjadi model pertama SUV Proton hasil daripada perkongsian itu.
Menerusi pakatan itu juga, DRB-Hicom akan melupuskan Lotus, syarikat pembuat kereta sukan, membabitkan sebanyak 51 juta pound kepada Geely, dan baki ekuitinya lagi kepada Etika Automotive Sdn Bhd.
Seperti banyak lagi syarikat usaha sama antarabangsa, perkongsian Proton dengan Geely merupakan ciri biasa dalam industri, dan merupakan keputusan semata-mata atas sebab komersial yang pasti akan menyediakan manfaat terbaik kepada syarikat, vendor dan pekerja mereka.
Sebagai contoh, Proton akan mempunyai akses kepada produk, platform dan teknologi Geely, malah pasaran China.
Mengenai kritikan terhadap perkongsian itu, cukuplah. Sudah tiba masanya bagi Proton untuk bergerak ke hadapan dengan Geely dalam menjamin masa depannya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2017
Kini, yang penting ialah sudah ada penyelesaian ekonomi untuk menyelamatkan Proton daripada kemelut kewangan yang muncul akibat model perniagaan yang tidak mampan sejak awal lagi. - Gambar fail
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
PM Anwar saran Pakistan manfaatkan Malaysia sebagai pintu gerbang ASEAN
Anwar mengetengahkan peranan strategik Malaysia sebagai pintu gerbang untuk Pakistan mendapat akses terhadap peluang ekonomi rantau ASEAN.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, meningkat daripada penyusutan baru-baru ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam geopolitik.
Ringgit diunjur kekal kukuh - Ketua Ahli Ekonomi AMRO
Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 akan diadakan pada Jun tahun depan
Forum Ekonomi Wanita (WEF) ASEAN 2025 yang akan dijadualkan berlangsung dari 19-21 Jun, 2025 bertujuan menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Persidangan kuasa dan tenaga utama ASEAN, Enlit Asia, kembali ke Malaysia minggu depan
Enlit Asia, satu-satunya persidangan kuasa dan tenaga utama di rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), akan berlangsung di sini dari 8 hingga 10 Okt depan.
Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 dilancarkan, ke arah ekonomi rendah karbon
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melancarkan Dasar Perubahan Iklim Negara, iaitu satu kerangka kerja yang dikemas kini bagi membimbing peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.