KUALA LUMPUR: Ketika Azerbaijan dan Malaysia tahun ini menyambut Ulang Tahun ke-30 hubungan diplomatik yang termeterai antara kedua-dua negara, negara Caucasus Selatan itu berharap hubungan politik yang baik dikukuhkan lagi menerusi kerjasama ekonomi.
Duta Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudov berkata sudah tiba masanya untuk komuniti perniagaan Malaysia meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di Azerbaijan secara serius, memandangkan negara itu sedang giat melaksanakan pelbagai projek pemulihan dan pembinaan semula di kawasan Perang Karabakh Kedua pada 2020.
"Kami mempunyai potensi besar yang belum diterokai... Saya harap komuniti perniagaan Malaysia akan melawat dan melihat sendiri," katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena ulang tahun hubungan diplomatik ke-30.
Azerbaijan dan Malaysia menjalin hubungan diplomatik sejak 5 April 1993.
Azerbaijan membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada Jun 2007, manakala kedutaan Malaysia di Baku dibuka pada 1 April 2014.
Davudov menjelaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Presiden Ilham Aliyev mengutamakan sektor tenaga boleh diperbaharui, pembangunan bandar pintar yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui, telekomunikasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), teknologi penjagaan kesihatan dan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan bangunan serta sebagai hotel termasuk bangunan kediaman.
Beliau berkata kerajaan Azerbaijan telah memulakan usaha ke arah mempelbagaikan ekonominya dengan membangunkan sektor bukan minyak dan tenaga boleh diperbaharui.
Pelabur Malaysia juga dialu-alukan untuk melabur dalam pengeluaran makanan, pertanian dan teknologi tinggi yang juga menjadi tumpuan pembangunan ekonomi Azerbaijan.
Davudov menegaskan bahawa kerajaan telah mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelabur, antara lain penubuhan Zon Ekonomi Bebas Alat (AFEZ), yang terletak bersebelahan Pelabuhan Perdagangan Laut Antarabangsa Baku untuk pelabur dalam sektor pembuatan bernilai tinggi dan berorientasikan eksport.
Beliau berkata banyak negara asing telah melabur di Azerbaijan seperti United Kingdom (UK), Turkiye, Amerika Syarikat, Itali, China dan Rusia, dengan United Kingdom menjadi pelabur asing terbesar di negara berkenaan.
Mengenai perdagangan dua hala Azerbaijan-Malaysia, duta itu berkata ia masih sangat rendah, sekitar US$87.5 juta pada tahun lepas dengan kedua-dua pihak mencatat nilai yang hampir sama dalam jumlah dagangan.
"Pada 2021, daripada AS$77 juta perdagangan dua hala, kira-kira AS$68 juta adalah eksport Malaysia manakala eksport kami ke Malaysia hanya kira-kira AS$9 juta.
"Kami terus membeli lebih banyak, terutamanya membabitkan produk petrokimia, minyak sawit, EE dan produk separa konduktor, manakala eksport kami adalah minyak mentah, bahan makanan dan produk petrokimia," jelasnya berhubung jurang perdagangan antara kedua-dua negara.
Azerbaijan dengan populasi penduduknya sekitar 10.4 juta dan kaya dengan sumber minyak dan gas ialah negara terbesar di Caucasus Selatan yang terletak di persimpangan Asia Barat Daya dan Eropah Tenggara serta berkongsi sempadan dengan Armenia, Georgia, Iran, Rusia dan Turkiye.
Mengulas mengenai lokasi strategik ini, Davudov berkata pengeksport Malaysia harus memanfaatkannya dan menggunakan Azerbaijan sebagai hab mengeksport produk mereka ke negara jiran dan berhampiran.
"Dalam dunia globalisasi, jarak tidak seharusnya menjadi penghalang dalam menjalankan perniagaan, perdagangan atau pelaburan," katanya.
Menyentuh hubungan Baku-Kuala Lumpur, Davudov berkata selain mengembangkan perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan pelancongan harus menjadi keutamaan lain.
"Dalam pendidikan, kerjasama antara universiti seperti latihan dan penyelidikan bersama serta pertukaran pelajar dan ahli akademik kedua-dua negara boleh membawa hasil yang baik.
Sehubungan itu, universiti Malaysia mesti melakukan promosi yang lebih agresif untuk menarik lebih ramai pelajar.
Saya juga percaya penerbangan terus boleh menyumbang ke arah menarik lebih ramai pelajar Azerbaijan belajar di Malaysia," katanya lagi.
Duta itu juga menjelaskan bahawa beberapa acara telah diatur untuk meraikan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Azerbaijan-Malaysia seperti pameran mengenai pemimpin Negara dan pengasas negara Azerbaijan, Heydar Aliyev dan kejohanan catur.
10 Mei 2023 menandakan ulang tahun ke-100 kelahiran Heydar Aliyev.
Selain itu, Davudov berkata terdapat pameran pelukis muda Azerbaijan, ceramah meja bulat mengenai hubungan Azerbaijan-Malaysia dan konsert muzik Azerbaijan yang akan diadakan di sebuah universiti di Malaysia.
"Kami berharap semua acara ini akan merapatkan hubungan rakyat dengan rakyat antara dua negara Islam, kata Davudov.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Davudov berkata, pelabur Malaysia dialu-alukan melabur dalam pengeluaran makanan, pertanian dan teknologi tinggi yang juga menjadi tumpuan pembangunan ekonomi Azerbaijan. - Foto ihsan Kedutaan Azerbaijan
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan
Kerja-kerja pembinaan semula termasuk membina semula bandar dan kampung, jalan raya, jambatan, serta memulihkan monumen yang musnah.
Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan
Pembelian pesawat JF-17 itu "akan memperkukuh keupayaan kuasa udara Azerbaijan.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan
Armenia dan Azerbaijan pada Khamis bersetuju untuk saling membebaskan tahanan.
Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh
Dengan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam, Armenia memperoleh maklumat mengenai lawatan delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh.
Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia
Hampir 100,000 penduduk melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas wilayah itu ditawan Azerbaijan dalam operasi ketenteraan.
Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin.
Nagorno-Karabakh: Azerbaijan, Armenia setuju gencatan senjata sepenuhnya - Rusia
Azerbaijan dan wakil penduduk Armenia di Nagorno-Karabakh telah bersetuju mengenai menghentikan permusuhan sepenuhnya melalui pengantaraan pasukan pengaman Rusia.