Masa operasi pasar malam di Ipoh dilanjutkan hingga 10 malam

Abd Razak Mohd Ali
Jun 16, 2020 04:51 MYT
Ahmad Faizal (kiri) menunjukkan SOP Gerbang Malam ketika meninjau operasi semula Gerbang Malam pada Selasa. Mengiringi beliau, Rumaizi (kanan). - Astro AWANI
Masa operasi pasar malam di Ipoh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 10 malam, berbanding hingga 7 malam sebelum ini.
Keputusan itu dibuat hasil perbincangan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin ketika melawat operasi semula Gerbang Malam pada Selasa.
Hadir sama dalam lawatan itu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pihaknya sangat berbesar hati di atas kesudian Ahmad Faizal melakukan lawatan itu.
Sebelum ini, peniaga dan pengunjung pasar malam memohon agar masa operasi dipanjangkan berbanding daripada 4 petang hingga 7 malam.
Bagaimanapun, masa operasi Gerbang Malam pula kekal dari jam 5 petang hingga jam 12 malam.
BACA: Gerbang Malam Ipoh dibuka semula mulai Selasa
MBI berharap pembukaan semula gerbang malam akan memberi peluang kepada warga kota untuk membeli-belah barangan keperluan harian di samping memberi peluang peniaga meraih pendapatan semula.
Dalam masa sama, para peniaga dan warga kota Ipoh dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, sekali gus membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19 di Bandaraya Ipoh.
#Ahmad Faizal Azumu #COVID-19 #Datuk Bandar Ipoh #Gerbang Malam #Ipoh #Majlis Bandaraya Ipoh #masa operasi #MBI #Menteri Besar Perak #operasi #pasar malam #pendapatan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #Rumaizi Baharin #SOP
;