MAS terima anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik oleh KLIA
Astro Awani
Oktober 29, 2013 10:17 MYT
Oktober 29, 2013 10:17 MYT
Malaysia Airlines (MAS) merangkul anugerah Syarikat Penerbangan terbaik pada majlis Anugerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Anugerah itu berdasarkan prestasi cemerlang MAS dalam industri penerbangan sepanjang 2012.
Anugerah itu disampaikan pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pada majlis itu, AirAsia menerima anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik.
Manakala Indonesia AirAsia menggondol anugerah Syarikat Penerbangan Asing Terbaik.
Anugerah yang diperkenal pada 2006 itu juga mengiktiraf Mandala Airline sebagai syarikat penerbangan asing paling berpotensi.
Selain itu, sebanyak 16 pemenang menerima 11 anugerah lain seperti Syarikat Penerbangan Asing Terbaik Mengikut Sektor dan Syarikat Penerbangan Terbaik – Kargo.
Pemberian anugerah ini adalah sebagai tanda Malaysia Airport menghargai semua agensi, rakan niaga dan syarikat penerbangan atas sokongan, kerjasama dan pencapaian yang sentiasa menjadi tunggak utama kejayaan KLIA.