Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju agensi di bawahnya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama tiga bulan kepada peminjam.
Menterinya, Datuk Abd Latiff Ahmad berkata, penangguhan bayaran balik itu hanya diberikan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik selama tiga bulan.
Tawaran itu juga, kata beliau, meliputi peminjam yang mendapat kemudahan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran.
Sementara, bagi usahawan yang menerima pembiayaan peniagaan Mara pula, jelas Abd Latiff, diberikan peluang menangguhkan bayaran balik selama enam bulan dan hanya layak kepada penerima yang tidak mempunyai tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan.
Dalam perkembangan yang sama, Abd Latiff berkata, diskaun khas penyewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30 peratus turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis agensi berkenaan.
Bagaimanapun, syarat yang dikenakan ialah penyewa mestilah tidak mempunyai tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan dan perniagaan yang dijalankan adalah terlibat secara langsung dengan penutupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
“Para peminjam dan usahawan Mara yang layak dan menepati syarat ditetapikan perlu mengemukakan permohonan untuk penjadualan semula bayaran di pejabat Mara berhampiran bermula 1 April 2020,” kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan.
Kementeriannya, kata Abd Latiff, mengambil inisiatif ini setelah mengambil kira impak kepada pelbagai sektor sama ada dalam dan luar negara sehingga mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan
Inisiatif ini juga, jelas beliau, sebahagian langkah daripada usaha melaksanakan tanggungjawab sosial bagi meringankan bebanan rakyat susulan penularan pandemik COVID-19 yang mencetus kebimbangan seluruh dunia ketika ini.
Astro Awani
Thu Mar 19 2020
![Mara tangguh bayaran balik pinjaman, tawar diskaun 30 peratus kepada penyewa premis Mara tangguh bayaran balik pinjaman, tawar diskaun 30 peratus kepada penyewa premis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61514868382_SPNB.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715776284_tbLawrenceWong.jpg)
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
![Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
![Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711546261_AnwarIbrahim.jpg)
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
![Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711524606_TBSSMjpg.jpg)
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
![Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030 Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710760336_Kadarrizabtenaga.jpg)
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
![LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700208567_langkawi.jpg)
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
![Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707568472_RoslanAbdulRahman.jpg)
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
![UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706620582_Agong.jpg)
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
![PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706368295_TBAgong.jpg)
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.