MARA siasat dakwaan pelajar hampir buta dirotan guru

Bernama
Mei 21, 2015 07:46 MYT
Menurut kenyataan Mara pada Khamis, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan, yang berkuat kuasa sekiranya didapati bersalah.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang pelajar tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak hampir buta akibat dirotan guru.
Menurut kenyataan Mara pada Khamis, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan, yang berkuat kuasa sekiranya didapati bersalah.
Media semalam melaporkan bapa pelajar itu, Ahmad Rizal Ahmad Samaludin, mendakwa anaknya dirotan dua kali di muka oleh guru terbabit, sehingga menyebabkan anaknya perlu menjalani dua pembedahan di mata.
Pelajar berkenaan masih dirawat di Hospital Teluk Intan, Perak.
#guru #MARA #MRSM #rotan
;