MARA cadang lantik firma antarabangsa jalankan audit hartanah

Muhafandi Muhamad
Jun 30, 2015 14:16 MYT
Mesyuarat pada 2 Julai depan akan mencadangkan perlantikan firma audit antarabangsa bagi menjalankan audit secara telus. - Gambar Fail
Majlis Amanah Rakyat (MARA) bercadang melantik firma audit antarabangsa bagi menjalankan audit ke atas pembelian semua aset dan hartanahnya di luar negara.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, mesyuarat pada 2 Julai depan akan mencadangkan perlantikan firma audit antarabangsa bagi menjalankan audit secara telus.
Annuar menjelaskan, MARA sudah menyerahkan segala dokumen berkaitan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, SPRM untuk tujuan siasatan secara menyeluruh.
BACA: Isu hartanah MARA: Rafizi tolong henti ambil kesempatan raih populariti - Annuar Musa
BACA: Pembelian hartanah di Australia patuhi tatacara perolehan Kementerian Kewangan - Pengerusi MARA
Pada masa sama, Annuar menegaskan, segala yang dibangkitkan oleh Rafizi dan pengesyoran oleh Dewan Ulamak PAS Pusat sudah ada dalam pengetahuan dan tindakan MARA.
Isnin lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan integriti transaksi yang dibuat anak syarikat MARA, MARA Inc dengan mendakwa struktur sedia ada syarikat itu memudahkan penyelewengan berlaku.
Beliau turut mendakwa, MARA menggunakan sehingga lapan syarikat untuk menutup maklumat berhubung pembelian empat hartanah di Melbourne.
#Annuar Musa #Australia #MARA #Melbourne