Mantan atlit olahraga negara Ishtiaq Mubarak meninggal dunia

Bernama
Ogos 9, 2013 12:50 MYT
Bekas atlet negara Ishtiaq Ahmad Mubarak, 65, meninggal dunia di rumahnya di Hulu Kelang di sini hari ini.
Isterinya Shamimi Selvarani Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira pukul 9.55 pagi akibat sakit tua.
Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan.
Ishtiaq Ahmad antara lain mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat di Sukan Asia, Sukan SEA dan serta mewakili negara pada Sukan Olimpik.
#atlet negara #Ishtiaq Ahmad Mubarak #meninggal dunia #Sukan Asia #Sukan SEA
;