Badan Peguam Malaysia mencadangkan kepada kerajaan baharu untuk memansuhkan fungsi pendakwa raya daripada Peguam Negara kerana ia merupakan langkah yang perlu untuk mengukuhkan kebebasan pendakwa raya.
Presidennya George Varughese berkata adalah penting untuk memisahkan pejabat Peguam Negara daripada pejabat Pendakwa Raya, supaya Peguam Negara hanya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan, dan Ketua Pendakwa Raya yang berasingan membuat keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan pendakwaan.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata ia akan memupuk keyakinan orang ramai terhadap pejabat Ketua Pendakwa Raya dan prospek untuk dilihat sebagai berat sebelah akan lenyap.
Pada masa ini, Peguam Negara Malaysia mempunyai dua peranan berasingan dan berbeza di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Beliau adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan, dan beliau juga adalah pendakwa raya.
Sebagai Pendakwa Raya, Peguam Negara dikehendaki bertindak secara bebas dan tidak berat sebelah, dan bertindak sebagai penjaga kepentingan awam, tanpa dipengaruhi oleh pertimbangan politik.
"Oleh itu, beliau mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang bercanggah dengan kepentingan yang tidak dapat dielakkan dari semasa ke semasa, apabila kepentingan anak guamnya, kerajaan, mungkin tidak sepenuhnya bersesuaian dengan kepentingan awam.
"Pengalaman yang lalu menunjukkan, situasi seperti itu akan timbul jarang-jarang sekali, seperti apabila disyorkan bahawa seseorang pegawai awam atau ahli politik boleh didakwa atas kesalahan yang dikatakan dilakukan," kata beliau.
BACA: 'Malaysia kini tiada Peguam Negara' - Tun M
BACA: Agensi dan individu terlibat dalam skandal 1MDB akan disiasat - Tun Mahathir
George berkata, buat masa ini, Peguam Negara yang baharu, dengan memiliki kelayakan dan keupayaan, perlu dilantik tanpa berlengah lagi.
Beliau berkata, ini adalah penting kerana Peguam Negara adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam (Sabtu) mengumumkan bahawa buat masa sekarang, negara tidak mempunyai Peguam Negara dan nama-nama sedang dipertimbangkan untuk menentukan kesesuaian calon.
"Bagaimanapun, tidak jelas sama ada perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah ditamatkan, atau sama ada beliau telah mengambil cuti berikutan dakwaan serius bahawa beliau menyembunyikan bukti salah laku.
"Dalam kedua-dua senario, kedaulatan undang-undang menuntut proses sewajarnya dipatuhi dan dituruti kepada bekas Peguam Negara," kata beliau.
Beliau berkata, untuk pembaharuan undang-undang dilaksanakan sebagai perkara keutamaan dan bebas dari belenggau dekad yang lalu, bangsa, agama atau jantina tidak boleh dan tidak harus membentuk mana-mana ciri kriteria apabila hendak melantik Peguam Negara yang baharu.
"Peguam Negara yang baharu haruslah peguam yang mengamalkan profesion itu dan bukan ahli politik-peguam, yang tidak terlibat dalam politik partisan, dilihat dan diterima secara meluas sebagai bebas dan dapat melaksanakan pembaharuan undang-undang kerajaan baharu secara adil dan tidak berat sebelah," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 13 2018
![Mansuhkan fungsi Pendakwa Raya daripada Peguam Negara Mansuhkan fungsi Pendakwa Raya daripada Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526251086_TBPRESIDENMAJLISPEG.jpg)
George berkata, buat masa ini, Peguam Negara yang baharu, dengan memiliki kelayakan dan keupayaan, perlu dilantik tanpa berlengah lagi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bincang MA63 berdasarkan IGC - Abang Johari Bincang MA63 berdasarkan IGC - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540590911_AhliJawatankuasaPe.jpg)
Bincang MA63 berdasarkan IGC - Abang Johari
Katanya, Sabah dan Sarawak sudah diiktiraf sebagai rakan kongsi setara dalam pembentukan Malaysia dan justeru bilangan anggota jawatankuasa itu mestilah sama.
![Polis akan panggil bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong - KPN Polis akan panggil bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41401449382_295x200.jpg)
Polis akan panggil bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong - KPN
Polis akan memanggil bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong kerana membuat kenyataan menghasut dan mengelirukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
![CLJ bidas kenyataan Presiden Badan Peguam CLJ bidas kenyataan Presiden Badan Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41384602580_295x200.jpg)
CLJ bidas kenyataan Presiden Badan Peguam
CLJ menegaskan tidak patut wujud sebarang halangan bagi badan perundangan di negara ini, termasuk untuk meluluskan undang-undang berasaskan prinsip Islam.
![Pendirian Badan Peguam terhadap hudud juga tidak ikut Perlembagaan - PPMM Pendirian Badan Peguam terhadap hudud juga tidak ikut Perlembagaan - PPMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41401155946_295x200.jpg)
Pendirian Badan Peguam terhadap hudud juga tidak ikut Perlembagaan - PPMM
PPMM melalui Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar melahirkan rasa kurang senang dan menegur kenyataan media Badan Peguam.
![Badan Peguam desak Kerajaan mansuh Akta Hasutan Badan Peguam desak Kerajaan mansuh Akta Hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61426320369_295x200.jpg)
Badan Peguam desak Kerajaan mansuh Akta Hasutan
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-69 Badan Peguam hari ini meluluskan usul bagi mendesak Kerajaan agar memansuhkan Akta Hasutan 1948.
![Bekas Ketua Hakim wakili Anwar, Badan Peguam diminta jelaskan pendirian Bekas Ketua Hakim wakili Anwar, Badan Peguam diminta jelaskan pendirian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/61409992702_295x200.jpg)
Bekas Ketua Hakim wakili Anwar, Badan Peguam diminta jelaskan pendirian
Pemuda Gerakan meminta Badan Peguam menjelaskan pendirian tentang bekas Hakim Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan bagi kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Ahli mesyuarat enggan keluar dewan walau berdepan ancaman bom Ahli mesyuarat enggan keluar dewan walau berdepan ancaman bom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/71411140906_295x200.jpg)
Ahli mesyuarat enggan keluar dewan walau berdepan ancaman bom
Ahli Badan Peguam bertekad meneruskan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Jumaat, meskipun terdapat ancaman bom di bangunan Wisma MCA di mana mesyuarat itu berlangsung.
Lebih masa buat peguam, badan peguam selesai saman luar mahkamah
Seorang peguam, Badan Peguam dan Majlis Peguam diberi lebih banyak masa oleh Mahkamah Tinggi KL untuk menyelesaikan saman peguam berkenaan.