KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya berperanan sebagai dalang.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan tegas akan dikenakan mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 sekiranya terdapat bukti bahawa mereka yang diselamatkan itu ialah dalang yang merekrut mangsa.
"Sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh didakwa dan dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda. Setakat hari ini seramai empat orang warga Malaysia telah didakwa kerana disyaki menjadi dalang sindiket penipuan ini di Peru pada 2023," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead yang ingin mengetahui langkah diambil kerajaan bagi mengelakkan lebih ramai mangsa terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan lain-lain negara.
Mohamad berkata tawaran gaji lumayan mencecah hingga USD2,000 (RM9450), kemudahan lengkap, tambang penerbangan dan penginapan serta kebebasan berjudi secara pinjaman dikenal pasti antara punca rakyat Malaysia tertarik dengan tawaran pekerjaan luar negara.
"Rata-rata mangsa terdiri daripada mereka yang kurang berpendidikan, hidup susah dan mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
"Namun apabila mereka bekerja, mereka perlu mencapai sasaran ditentukan majikan dan jika gagal mencapai sasaran, mereka akan didenda seperti ditolak gaji, tidak diberi makan dan dipaksa bekerja lebih masa," katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa prihatin dan memandang serius berhubung isu sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan melibatkan warga Malaysia dan pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras jenayah itu.
"Isu ini bersifat merentas pelbagai kementerian dan agensi kerajaan selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu(pendekatan) keseluruhan kerajaan. Kementerian juga sudah bekerjasama erat dengan kementerian lain serta agensi berkaitan bagi membendung jenayah ini.
"Selain itu, banyak juga yang sudah kita laksanakan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya golongan muda melalui pelbagai aplikasi media seperti Youtube, Instagram serta video hebahan untuk kesedaran dan ia turut dikongsi media masa utama seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan TVS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
![Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712035188_MohamadHasanSidan.jpg)
Mohamad berkata tindakan tegas akan dikenakan sekiranya terdapat bukti bahawa mereka yang diselamatkan itu ialah dalang yang merekrut mangsa. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738834308_MohamadHasan.jpg)
Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.
![ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824440_MohamadHasan.jpg)
ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
![ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737274407_MohamadHasan.jpg)
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
![Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737526753_Gaza.jpg)
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
![Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737320984_MohamadHasan.jpg)
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
![Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737302518_MohamadHasan.jpg)
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
![Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737298648_MohamadHasan.jpg)
Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.
![Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737284185_MohamadHasan.jpg)
Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.
![ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737273044_TBASEANLANGKAWI.jpg)
ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.
![ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737274407_MohamadHasan.jpg)
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.