KUALA LUMPUR: Mangsa pemerdagangan manusia di KK Garden, Myawaddy, Myanmar berkemungkinan diasingkan ke tempat lain dan dijual organ sekiranya melawan serta tidak mencapai prestasi baik dalam pekerjaan mereka.

Itu antara perkara dikongsikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan manusia di Myanmar dan telah diselamatkan pada Februari lalu.

.

Mangsa dikenali sebagai Nizam berkata, meskipun tidak pernah menyaksikan sendiri kejadian berkenaan tetapi perkara itu sering diceritakan oleh 'senior' mereka yang telah bekerja di kawasan tersebut lebih daripada setahun.

“Saya tidak pernah lihat dengan mata sendiri tetapi mengetahuinya daripada cakap-cakap mereka yang telah lama bekerja di sana.

"Mereka yang tidak mencapai target jualan, mangsa akan diasingkan, dipindahkan ke syarikat lain (di dalam KK Garden), selepas itu akan dijual organ,” kongsinya, baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Nizam yang berusia 26 tahun turut berkongsi kisah melihat lebih daripada 100 individu berpakaian tentera melalui kawasan KK Garden dengan menaiki kereta kebal selain lengkap bersenjata.