Mangsa minum cecair peluntur terima MyKad
Astro Awani
November 26, 2013 17:43 MYT
November 26, 2013 17:43 MYT
Kanak-kanak yang cuba bunuh diri dengan meminum cecair peluntur menerima MyKad yang dipohonnya.
MyKad tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Perak, Mohd Zahari Hassan kepada beliau lebih kurang jam 12 tengahari tadi di JPN Meru Raya.
Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, ketika melawat Mahalachime di rumahnya, Taman Harmoni Buntong, menyatakan kerisauannya atas tindakan murid tahun enam ini yang cuba meminum cecair peluntur kerana tertekan dengan apabila dikatakan tidak seiras dengan keluarganya.
“Dari segi tindak-laku anak-anak ini, yang cepat kecewa, cepat ambil hati dan terus nak mengambil satu tindakan yang akan menyedihkan semua pihak, maha tahu jika apa-apa yang terjadi ramai orang berasa kecewa dan sedih, Mahalachime telah mendapat kad pengenalan seperti yang beliau idam-idamkan lah, sehingga dia rasa kecewa bila lambat sebagainya dan sebab itulah saya juga menjadi satu kebimbangan, satunya dari segi kenapa masalah IC segalanya, tapi itu kita boleh urus bersama JPN.” jelas Rohani.
Sementara itu, kelihatan kegembiraan anak berumur 12 tahun ini apabila mendapat MyKad baru yang diidam-idamkannya.
“Saya seronok dapat IC, terima kasih JPN.”