Mangsa keracunan makanan di Batu Gajah meninggal dunia

Astro Awani
Mac 24, 2016 12:54 MYT
Awal bulan lalu, lebih 30 pesakit dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan di Siputeh. - Gambar fail
Seorang wanita mangsa keracunan makanan di Siputeh, Batu Gajah meninggal dunia tengah malam tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Perkara berkenaan disahkan Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juwita Ghazalie.
Hawa Buyong, 46, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi berikutan oksigen yang tidak cukup disalurkan ke otak.
Hawa merupakan mangsa terakhir yang masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Awal bulan lalu, lebih 30 pesakit dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan setelah mereka dipercayai membeli makanan di sebuah gerai di Siputeh.
Siasatan jabatan kimia kemudian mengesahkan makanan di gerai terbabit dicemari racun serangga jenis karbamat.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Siputeh.
BACA: 37 keracunan, 4 kritikal makan sarapan tercemar racun kimia di Batu Gajah
BACA: Saya berpeluh-peluh dan hampir pitam - Mangsa keracunan Batu Gajah
BACA: Racun serangga punca keracunan makanan di Batu Gajah - Mah
#Batu Gajah #Hawa Buyong #Hospital Batu Gajah #keracunan makanan #Siputeh
;