Mangsa keracunan alkohol di Selangor meningkat kepada 24 orang

Bernama
September 22, 2018 06:05 MYT
Salah seorang mangsa keracunan arak yang tiba di Hospital Kajang pada 18 September lalu. Banyak lagi kes seumpamanya berlaku di sekitar Selangor. - Gambar fail/Bernama
Jumlah mangsa yang maut akibat keracunan alkohol di sekitar Selangor setakat 9 pagi ini meningkat kepada 24 orang berbanding 22 mangsa semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pertambahan dua kematian itu melibatkan warga Nepal berusia 29 dan 30 tahun.
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini melibatkan dua rakyat Malaysia, Bangladesh (2), Nepal (8), Myanmar(10), India (1) dan seorang lagi individu yang tidak dikenali identitinya.
Beliau berkata 18 mangsa masih menerima rawatan perubatan manakala 16 mangsa telah dibenarkan keluar hospital.
Tambah Mazlan mengikut laporan yang diterima pihaknya setakat ini, seramai 58 mangsa keracunan alkohol termasuk yang maut direkodkan di negeri ini.
Sejak Isnin lalu, lebih 20 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan puluhan lagi dirawat di hospital di sekitar Lembah Klang dan Perak akibat keracunan alkohol. --BERNAMA
#Hospital #keracunan alkohol #mangsa #Mazlan Mansor #polis #rakyat asing #rawatan