Mangsa kelima kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia

Dewi Nur Harasha Alias
Julai 19, 2022 19:22 MYT
Dalam kejadian itu, tiga mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Mangsa kelima yang terlibat kemalangan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi kelmarin meninggal dunia, petang tadi.
Mangsa, Mohd Haziq Harris, 34, meninggal dunia kira-kira jam 2.15 petang ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Difahamkan ahli keluarga mangsa kini berada di Jabatan Perubatan Forensik HPP bagi urusan bedah siasat.
Dalam kejadian awal pagi kelmarin, empat maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan membabitkan beberapa buah motosikal termasuk kereta.
Tiga mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Lumba Haram | 4 maut, 3 cedera kemalangan di lebuh raya
#Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu #meninggal dunia #konvoi motosikal #Hospital Pulau Pinang
;