Mangsa keempat jangkitan rabies meninggal dunia

Astro Awani
Julai 17, 2017 18:30 MYT
Mangsa keempat jangkitan rabies meninggal dunia di Kampung Ampungan, Serian hari ini. -Gambar hiasan
Mangsa keempat jangkitan rabies, iaitu kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun di Kampung Ampungan, Serian, meninggal dunia hari ini.
Jurucakap Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan kanak-kanak berkenaan, Florencesia Edward, meninggal pada 2.05 petang tadi.
Menurut kenyataan itu, mangsa sebelum ini telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak pada 4 Julai lalu untuk rawatan namun dikategorikan kritikal selepas itu.
Katanya, 24 kes gigitan anjing dilaporkan berlaku hari ini menjadikan jumlah 386 kes dilaporkan sejak 1 April lalu.
#gigitan anjing #Hospital Umum Sarawak #Kampung Ampungan #rabies
;