Mangsa gempa bumi, Allahyarham Muhammad Loqman selamat dikebumi

Astro Awani
Jun 9, 2015 10:00 MYT
Muhammad Loqman yang juga penuntut tahun tiga Institut Perguruan Antarabangsa, Kuala Lumpur terkorban dalam nahas gempa bumi ketika menyertai aktiviti Gunung Kinabalu, Sabah Jumaat lalu. - Foto Haryaty Hamdzah
Mangsa gempa bumi di Ranau, Kota Kinabalu, Muhammad Loqman Abd Karim, 22, selamat dikebumi kira-kira jam 2 pagi Selasa, di Tanah Perkuburan Kampung Chinchin Jasin, Melaka.
Jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka kira-kira jam 11.50 malam dengan kapal terbang jenis Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia .
Sejurus tiba, jenazah di bawa ke kediaman datuknya, Abu Bakar Amin untuk tatapan terakhir keluarga sebelum di sembahyangkan di Masjid Chinchin Jasin.
Kira-kira 200 sanak saudara hadir memenuhi perkarangan rumahnya bagi memberikan penghormatan terakhir.
Turut hadir adalah Exco Pendidikan Negeri Datuk Md Yunus Husin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Roslan Mohamad.
Muhammad Loqman yang juga penuntut tahun tiga Institut Perguruan Antarabangsa, Kuala Lumpur terkorban dalam nahas gempa bumi ketika menyertai aktiviti Gunung Kinabalu, Sabah Jumaat lalu.
#gempa bumi #Loqman Abd Karim #Ranau #Sabah
;