Mangsa banjir seluruh negara meningkat 2,550 orang

Sinar Harian
Disember 12, 2022 11:13 MYT
Tiga pelanggan berkongsi payung berlindung dari hujan ketika menikmati hidangan di sebuah gerai di Taman Teruntum, Kuantan. Monsun Timur Laut terus dirasai penduduk di Pantai Timur dengan keadaan cuaca mendung dan kekadang hujan. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,550 orang melibatkan 755 keluarga di lima negeri setakat jam 7 pagi Isnin.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak dan Johor.
Di Pahang, 11 PPS dibuka dalam lima daerah bagi menempatkan seramai 573 mangsa banjir yang secara keseluruhannya terdiri daripada 171 keluarga.
Sementara itu, di Terengganu seramai 659 mangsa daripada 168 keluarga ditempatkan di 11 PPS.
Bagi Kelantan pula, lima PPS yang terletak dalam sebuah daerah menempatkan 376 keluarga berjumlah 1,157 orang.
LAPORAN KOMPREHENSIF BERHUBUNG BENCANA BANJIR DI SINI
Selain itu, di Perak, 134 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan dalam satu PPS.
Di Johor, 27 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan dalam satu PPS dalam satu daerah.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
#mangsa banjir seluruh negara #Agensi Pengurusan Bencana Negara #Pusat Pemindahan Sementara #banjir
;