Mangsa banjir Rantau Panjang meningkat, 1,535 orang berlindung di PPS

Vivi Sumanti
Disember 12, 2022 13:12 MYT
Bacaan paras air Sungai Golok masih mencatatkan bacaan paras bahaya iaitu, 9.55 meter menurun sedikit berbanding bacaan pagi tadi, 9.60 meter. - Foto APM Kelantan
RANTAU PANJANG: Meskipun paras air Sungai Golok menunjukkan penurunan sedikit, mangsa banjir di Rantau Panjang terus meningkat kepada angka 1,535 orang melibatkan 478 keluarga yang berlindung di enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari tadi.
Bacaan paras air Sungai Golok masih mencatatkan bacaan paras bahaya iaitu, 9.55 meter menurun sedikit berbanding bacaan pagi tadi, 9.60 meter.
Sungai Golok di Tumpat turut menunjukkan trend meningkat dengan bacaan 2.07 meter melepasi bacaan paras berjaga-jaga.
PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Rantau Panjang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi berlindung iaitu 680 orang, diikuti PPS Sekolah Kebangsaan Gual Periuk, seramai 403 orang mangsa banjir.
LAPORAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI
Mangsa banjir yang berlindung itu merupakan penduduk dari daerah Rantau Panjang, membabitkan kampung-kampung berhampiranSsungai Golok.
Sementara itu,cuaca pagi ini kembali baik dengan hujan mulai reda.
Rantau Panjang dilanda banjir buat kali ketiga untuk tahun ini dengan awal Mac lepas gelombang pertama yang disifatkan buruk sehingga menyebabkan Rantau Panjang lumpuh.
#banjir #Rantau Panjang #Sungai Golok #mangsa banjir
;