Mangsa banjir Kelantan terus meningkat, 3,219 dipindahkan
Muhafandi Muhamad
November 28, 2017 18:59 MYT
November 28, 2017 18:59 MYT
Waspada!
Situasi banjir di beberapa jajahan di Kelantan tidak menunjukkan sebarang tanda reda apabila mangsa banjir terus meningkat setakat petang Selasa.
Setakat ini, 3,219 orang dari 902 keluarga telah dipindahkan ke 54 buah pusat pemindahan melibatkan enam jajahan.
Jajahan Kota Bharu mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dipindahkan melibatkan 832 orang diikuti jajahan Pasir Mas (784), jajahan Pasir Puteh (445) jajahan Tanah Merah (439), Machang (364) dan Kuala Krai (127).
Portal infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan jumlah taburan hujan di kawasan Aring, Gua Musang, Dabong, Kusial, Tanah Merah, Kuala Krai, Jenob Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat mencatatkan jumlah taburan hujan yang agak tinggi sehingga malam.
NADMA bersiap siaga hadapi banjir, sedia bantu JKM
Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya, iaitu 10.43 (9.00 meter) paras bahaya manakala Sungai Golok di Jenob dan Tanah Merah mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya setinggi 23.69 meter.
Manakala Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang, Sungai Galas di Dabong Sungai Lebir, Sungai Kelantan di Kursial, Tanah Merah dan Kuala Krai turut mencatat bacaan melepasi amaran bahaya.
#banjir
#bencana
#Gua Musang
#jabatan peraliran dan saliran
#JPS
#Kelantan
#Kota Bharu
#Kuala Krai
#Pantai Timur
#Pasir Mas
#pusat pemindahan
#Tumpat