Fenomena air pasang besar lewat petang Selasa dan awal Rabu mengakibatkan beberapa tempat di daerah Kuching, Bau dan Serian terus dinaiki air dan jumlah penduduk terutama yang tinggal berhampiran Sungai Sarawak di sini yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir malam tadi, terus melonjak dengan ketara.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga pukul 8 pagi ini jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan melonjak kepada 5,578 orang pagi ini daripada 3,230 orang malam tadi.
Beliau berkata ketika ini terdapat 21 pusat pemindahan banjir yang dibuka di daerah Kuching, manakala lima lagi di daerah Bau dan dua di daerah Serian.
Bagaimanapun menurutnya pagi ini air di Sungai Sarawak kelihatan sudah mulai surut, dengan kebanyakan kawasan yang dinaiki air sejak malam tadi masih digenangi air yang bertakung, dan akan mengambil sedikit masa untuk surut sepenuhnya.
BACA: Mangsa banjir di Sarawak meningkat malam tadi
BACA: Banjir di Sarawak makin kritikal, pemantauan ditingkatkan
Semalam antara tempat yang menyaksikan pemindahan ramai penduduk berhampiran kawasan bandaraya Kuching adalah sekitar Batu Kitang, Kampung Bintawa, Kampung Panglima Seman, Batu Kawa, Tupong Jaya, dan Kampung Pulo.
Walaupun hujan renyai-renyai sekali sekala di kebanyakan tempat di Sarawak sejak kebelakangan ini dilihat semakin berkurangan, namun fenomena air pasang besar ketika ini mengakibatkan keadaan banjir di daerah berkenaan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
Agensi yang terbabit seperti JPAM, bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan pejabat residen terus diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa sejak beberapa hari lepas.
Astro Awani
Wed Feb 10 2016
![Mangsa banjir di Sarawak meningkat berikutan fenomena air pasang besar Mangsa banjir di Sarawak meningkat berikutan fenomena air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455012459_BanjirKuching.jpg)
enduduk kampung terutama kanak-kanak seronok bermain air ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Batu Kitang Jaya hari ini selepas hujan lebat melanda Kuching baru-baru ini. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715516237_TBSELUDUPROKOK.jpg)
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
![Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685870326_TBdrown.jpg)
Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.
![Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678199562_MangsabanjirBatu.jpg)
Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.
![Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671745246_AirPasang.jpg)
Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak
Susulan itu, polis mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.
![Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671687197_KetuaPolisPerakb.jpg)
Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.
![Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665933443_TBBANJIRLANGKAWIAPM.jpg)
Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa
Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.
![APM nafi empangan Sungai Sembrong dibuka susulan banjir kilat APM nafi empangan Sungai Sembrong dibuka susulan banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663170413_banjirkilat.jpg)
APM nafi empangan Sungai Sembrong dibuka susulan banjir kilat
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menafikan pintu Empangan Sungai Sembrong di Batu Pahat dibuka susulan banjir kilat berlaku di Sri Gading seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
![Fenomena air pasang Kuala Kedah: Penduduk diingatkan supaya tidak ambil ringan Fenomena air pasang Kuala Kedah: Penduduk diingatkan supaya tidak ambil ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662881648_airpasangkualake.jpg)
Fenomena air pasang Kuala Kedah: Penduduk diingatkan supaya tidak ambil ringan
Paras air laut meningkat setinggi 2.9 meter mengakibatkan air melimpah dan memenuhi jalan raya dan premis perniagaan.
![MB minta rakyat Johor terutama di pesisir pantai waspada susulan amaran air pasang besar MB minta rakyat Johor terutama di pesisir pantai waspada susulan amaran air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657807549_MatahariAirPapan.jpg)
MB minta rakyat Johor terutama di pesisir pantai waspada susulan amaran air pasang besar
Rakyat Johor khususnya penduduk di sekitar kawasan pesisir pantai diminta lebih berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku susulan amaran fenomena air pasang besar.
![Air pasang besar diramal berlaku hari ini hingga Ahad Air pasang besar diramal berlaku hari ini hingga Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638673530_TBAirPasangBesar.jpg)
Air pasang besar diramal berlaku hari ini hingga Ahad
Penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.