Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang

Bernama
November 4, 2022 10:10 MYT
Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan ribut petir di satu dua kawasan terutama di pedalaman pada sebelah petang dan malam di negeri ini. - Foto fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini hanya bertambah seorang kepada 63 orang daripada 18 keluarga berbanding petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memberitahu hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort yang menempatkan semua mangsa banjir itu.
"Trend semasa pemindahan mangsa dan bencana banjir ketika ini kekal, cuaca pagi ini baik," menurut kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan ribut petir di satu dua kawasan terutama di pedalaman pada sebelah petang dan malam di negeri ini.
-- BERNAMA
#banjir sabah #pusat pemindahan #Beaufort #mangsa banjir
;