Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini

Bernama
Februari 28, 2025 10:35 MYT
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, sebanyak 57 orang daripada 19 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan sedikit bertambah kepada 397 orang daripada 119 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 394 orang daripada 118 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.
"Sebanyak 57 orang daripada 19 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan.
"Trend pemindahan mangsa di Telupid dan Paitan kekal pagi ini," menurut kenyataan itu.
Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
#mangsa banjir #banjir #PPS #Sabah
;