Mangsa banjir di Pahang masih kekal 71 orang

Bernama
Disember 4, 2017 10:14 MYT
Bantuan makanan untuk 71 penduduk kampung itu akan dihantar hari ini setelah mendapat nasihat dan cara yang sesuai daripada pihak Jabatan Kerja Raya. -Gambar fail
Jumlah mangsa banjir di Raub masih kekal 71 orang daripada 19 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata, pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Ulu Sungai menempatkan mangsa banjir paling ramai, 35 orang daripada 10 keluarga.
"Di Balairaya Kuala Semantan menempatkan 26 orang daripada tujuh keluarga dan 10 orang daripada dua keluarga di Surau RRM Cheroh 3," katanya.
Dalam pada itu, katanya kerja-kerja pembersihan jalan ke Kampung Orang Asli Sungai Kelit, Raub yang terputus hubungan sejak 3 pagi semalamekoran tanah runtuh di kawasan tertentu sepanjang empat kilometer laluan itu, akan disambung hari ini.
Beliau berkata bantuan makanan untuk 71 penduduk kampung itu juga akan dihantar hari ini setelah mendapat nasihat dan cara yang sesuai daripada pihak Jabatan Kerja Raya.
-- BERNAMA
#banjir #banjir pahang #jumlah mangsa banjir #mangsa banjir #mangsa banjir pahang #pusat pemindahan banjir #Raub
;