Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas

Aida Aziz
Ogos 4, 2024 22:00 MYT
Berlaku pertambahan mangsa dan keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen. - Foto APM Perak
MUALLIM: Jumlah mangsa banjir di daerah Muallim berkurang menjadi 59 orang daripada 13 buah keluarga setakat jam 10 malam pada Ahad.
Ia menunjukkan penurunan ketara berbanding 165 orang daripada 32 buah keluarga yang dilaporkan sebelumnya.
Bagaimanapun, terdapat pertambahan dari jumlah kampung yang terjejas iaitu menjadi enam kampung, berbanding empat sebelum ini.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perak malam tadi, berlaku pertambahan mangsa dan keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.
Katanya, terdapat 49 mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Sri Behrang dan Kampung Pauh ditempatkan di PPS tersebut.
Manakala 10 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Ketoyong, Kampung Leonardo, Kampung Berop dan Kampung Kelawar berada di PPS SMK Khir Johari Tanjong Malim.
#banjir #PKOB #mangsa #kampung