KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir melibatkan lima negeri terus meningkat petang ini dengan 29,091 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.
Di JOHOR, keadaan banjir semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 26,633 orang setakat 2 petang ini, berbanding 25,213 orang 8 pagi tadi dengan tujuh lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 193 PPS beroperasi di kesemua 10 daerah.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan Segamat adalah daerah paling teruk terjejas dengan 2,189 keluarga dipindahkan ke 60 PPS, diikuti Kluang dengan 1,571 keluarga di 39 PPS; Kota Tinggi (773 keluarga di 18 PPS); Johor Bahru (604 keluarga di 12 PPS) dan Pontian (60 keluarga di empat PPS).
Turut terjejas daerah Muar dengan 573 keluarga ditempatkan di 14 PPS; Kulai melibatkan 242 keluarga di enam PPS; Mersing seramai 150 keluarga di enam PPS dan Tangkak seramai 255 keluarga di 13 PPS serta Batu Pahat dengan 894 keluarga di 22 PPS, kata jawatankuasa itu.
Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan 1,373 mangsa banjir masih berada di 25 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah setakat tengah hari ini.
Rompin mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 662 orang dengan 10 PPS beroperasi diikuti Maran (441 mangsa, tujuh PPS), Pekan (106 mangsa, dua PPS), Jerantut (96 mangsa, sebuah PPS) dan Raub (68 mangsa, lima PPS).
Di NEGERI SEMBILAN, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan keseluruhan 928 mangsa daripada 256 keluarga setakat pukul 1 tengah hari berbanding 704 mangsa daripada 197 keluarga pagi tadi.
Ia membabitkan Tampin, Kuala Pilah dan Jempol dan kesemua mereka ditempatkan di 12 PPS dengan PPS Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelamah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 538 individu.
Sementara itu, di MELAKA, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 49 mangsa dari 15 keluarga pada 12 tengah hari tadi berbanding 67 mangsa daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
JBPN Melaka dalam satu kenyataan berkata lapan mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun di daerah Alor Gajah, manakala di Jasin, hanya tiga mangsa dari dua keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan dan SK Chohong menempatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga.
"Kesemua mangsa terjejas itu melibatkan penduduk dari Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchor, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Kampung Pulau di daerah Alor Gajah," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan kawasan terjejas banjir di Jasin melibatkan Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan dan Kampung Chohong.
Di SABAH, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 108 orang daripada 24 keluarga masih berada di PPS Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod petang ini.
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di satu atau dua tempat di Sabah pada malam ini.
Sementara itu Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memaklumkan terdapat kejadian cerun runtuh di Jalan Kampung Buang Sayang, Kinabatangan, namun jalan itu masih boleh dilalui semua jenis kenderaan dan menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Sebuah kenderaan ATM mengharungi air banjir di Bandar Kota Tinggi yang ditenggalami air susulan hujan berterusan sejak Isnin. -Gambar fail/Bernama
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.