Mangsa banjir di Kelantan kekal 36 orang

Bernama
Januari 4, 2025 10:00 MYT
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh, Pasir Mas. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang membabitkan jajahan Pasir Mas masih kekal sejak semalam, iaitu sebanyak 36 orang daripada sembilan keluarga setakat 9.30 pagi ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh, Pasir Mas.
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada paras waspada dengan bacaan 2.06 meter.
-- BERNAMA
#banjir2024 #monsun timur laut #Bah Kuning #PPS
;