Mangsa banjir di Johor, Pahang dan Melaka sedikit menurun

Astro Awani
Mac 7, 2023 13:02 MYT
Seramai 41,818 orang daripada 11,919 keluarga ditempatkan di 255 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terjejas menunjukkan sedikit penurunan dengan lebih 41,000 mangsa setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Menurut portal Info Bencana JKM, seramai 41,818 orang daripada 11,919 keluarga ditempatkan di 255 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri.
Tiga negeri yang masih terjejas banjir ialah Johor, Pahang, dan Melaka.
Di Johor, seramai 38,688 mangsa dari 11,017 keluarga kini ditempatkan di 232 PPS di semua 10 daerah.
Di Pahang, 18 PPS di Rompin menempatkan 2,538 mangsa daripada 743 keluarga.
Manakala di Melaka, lima PPS dibuka di Jasin menempatkan 592 mangsa daripada 159 keluarga ketika ini.
#banjir johor #banjir melaka #banjir pahang #Info Bencana JKM
;