Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini

Bernama
Disember 18, 2024 15:00 MYT
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat. -Gambar fail/Facebook APM
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor tidak menunjukkan sebarang perubahan dengan jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga sehingga pukul 2 petang ini.

Ringkasan AI
  • Situasi banjir di Johor kekal dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
  • Stesen Sungai Paya Dato di Mersing melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.04 meter dan menunjukkan trend menaik.
  • Cuaca di Muar, Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi, dan Kulai dijangka mendung, Johor Bahru, Pontian, dan Tangkak cerah, manakala Mersing dan Segamat diramalkan hujan petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
"Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.04 meter (trend menaik)," katanya.
Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Muar, Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kulai dijangka mendung, manakala Johor Bahru, Pontian serta Tangkak cerah, sementara Mersing dan Segamat diramalkan hujan petang ini.
-- BERNAMA
#banjir #PPS #mangsa banjir #Johor Bahru
;