Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 236 orang

Bernama
September 16, 2022 21:35 MYT
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 236 orang setakat 8 malam ini berbanding 263 orang yang direkodkan tengah hari tadi. - Foto ihsan bomba
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 236 orang setakat 8 malam ini berbanding 263 orang yang direkodkan tengah hari tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan terdapat 69 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat.
Menurut JPBD kesemua mangsa merupakan penduduk dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.
Banjir di daerah itu berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang.
-- BERNAMA
#mangsa banjir #banjir Batu Pahat #banjir kilat #JPBD #Sri Gading
;