Manfaat sektor pelancongan Sabah hingga ke mata dunia
Astro Awani
Januari 1, 2019 14:44 MYT
Januari 1, 2019 14:44 MYT
Kerajaan dan rakyat Sabah perlu berani serta memanfaatkan sektor pelancongan bagi mengangkat negeri hingga dikenali di seluruh dunia.
Malah, jelas Pengarah Eksekutif Sofield Petroleum Sdn Bhd, Shafiqah Zairina S Zamzaini berkata, beliau berharap kualti kehidupan di Malaysia dan Sabah khanys termasuk perkhidmatan dapat ditingkatkan.
Shafiqah Zairina turut mahu, penggunaan revolusi industri (IR) 4.0, data raya dan kepintaran buatan dapat dilaksanakan dalam konteks Malaysia.
"Ia masih lagi belum (dilaksanakan)... tetapi kepada saya yang bekerja di bidang minyak dan gas, syarikat kami mula melaksanakannya di semua sistem.
"Sebagai contoh, syarikat kami mengendalikan pam minyak di Lahad Datu walaupun belum beroperasi sepenuhnya tetapi kami melangkah ke depan mengenai revolusi ini.
"Saya merasakan ini merupakan masa untuk mengembangkan inovasi untuk menjadi lebih efisyen," katanya dalam temu bualk Agenda AWANI yang dihoskan Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.
Mengimbau kembali perubahan tampuk kepimpinan kerajaan, Shafiqah berkata, keputusan yang diumumkan itu sesuatu yang tidak dijangka.
Shafiqah Zairina, beliau tidak menjangkakan rakyat Malaysia begitu bersatu menentang rasuah termasuk di Sabah dan Sarawak.
#agenda
#Agenda Awani
#Lahad Datu
#Malaysia
#minyak
#pelancongan
#rakyat
#Rasuah
#Sabah
#Shafiqah Zairina S Zamzaini
#Sofield Petroleum