Manfaat sebaik mungkin talian Nur - Rohani Abdul Karim

Astro Awani
Januari 26, 2014 15:41 MYT
Orang ramai perlu memanfaatkan talian Nur bagi mengekang lebih banyak kejadian buruk termasuk kes penderaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata aduan disalurkan melalui talian Nur di 15999 sebelum ini banyak menyelamat mangsa dera.
Antara contoh kes diselamatkan termasuk isteri yang dianiaya suaminya.
Hasil aduan juga dapat mengesan kes anggota keluarga yang mendera seorang bayi.
Justeru katanya, ia perlu dimanfaatkan kerana fungsinya banyak kelebihan.
Selain itu katanya, setiap panggilan di talian tersebut akan dijawab petugas terlatih dan mampu memberi kaunseling kepada pemanggil.
Talian Nur juga katanya mempunyai pasukan tersendiri bagi menjalankan tugas.
#15999 #kes dera #Rohani Abdul Karim #Talian Nur
;