Manfaat platform teknologi sambut Tahun Baharu Cina - PM

Hilmi Malik
Februari 20, 2021 22:20 MYT
Menurut Tan Sri Muhyiddin, meskipun pertemuan secara fizikal agak terbatas namun kemudahan teknologi perlu dimanfaatkan sebagai usaha untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar sambutan Tahun Baharu Cina dapat dimeriahkan menerusi platform teknologi ketika dalam keadaan pandemik COVID-19.
Menurut Tan Sri Muhyiddin, meskipun pertemuan secara fizikal agak terbatas namun kemudahan teknologi perlu dimanfaatkan sebagai usaha untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga.
Dalam pada itu, beliau berkata usaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dalam mengadakan rumah terbuka bagi setiap perayaan merupakan wadah bagi perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.
“Ia bukan sahaja menghangatkan kemeriahan sambutan perayaan berbilang bangsa malah turut dapat menzahirkan rasa saling menghormati dan menghargai perbezaan kaum dan budaya,” katanya ketika berucap sempena sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina norma baharu 2021 secara maya pada Sabtu.
Mengulas mengenai sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, beliau mengharapkan agar ia dapat membawa banyak rahmat, tuah, serta faedah kepada masyarakat.
#CNY #Tahun Baharu Cina #Perdana Menteri #Tan Sri Muhyiddin Yassin #COVID-19 #teknologi #rumah terbuka
;