Mana hilangnya adik Abdul Aziz Al-Fathoni?

Astro Awani
Disember 25, 2016 19:08 MYT
Usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Abdul Aziz Al-Fathoni Abdul Halim yang dipercayai lemas di Pantai Irama, di sini, masih diteruskan. -Gambar JBPM
Usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Abdul Aziz Al-Fathoni Abdul Halim yang dipercayai lemas di Pantai Irama, di sini, masih diteruskan.
Mangsa dilaporkan hilang sejak semalam selepas bermain di kawasan benteng pemecah ombak bersama dua adik-beradiknya.
Menurut pihak berkuasa, anak kecil itu dipercayai terjatuh dari benteng tersebut selepas dipukul ombak kuat.
Mangsa datang ke Pantai Irama bersama ibunya Nik Siti Hanifah Nik Ahmad, 40, dan empat adik-beradik berusia di antara satu dan sembilan tahun.
Usaha mencari dilakukan sejak semalam termasuk operasi menyelam dan rondaan berkala sepanjang lebih tiga kilometer di pantai itu.
Operasi dijalankan secara bersama melibatkan pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Rela, dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
#abdul aziz al-fathoni abdul hilmi #lemas #Nik Siti Hanifah Nik Ahmad #pantai irama
;