MAMA, kos terlalu tinggi; PAPA, kos ini relevan

Astro Awani
Julai 2, 2013 12:32 MYT
Susulan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang meningkat kepada RM8,000 berbanding RM4,500 sebelum ini.
Astro Awani telah mendapatkan pandangan daripada Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Fauzi Engku Mohsin berhubung isu terbaru ini.
Menurut, Engku Fauzi kos yang diperkenalkan ini terlalu tinggi dan hampir berganda, oleh hal demikian, majikan yang terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi ini layak diberitahu atau ditunjukkan apakah jenis-jenis kos yang terlibat dalam pengambilan pembantu rumah ini.
“Harapan MAMA adalah dengan kos yang telah naik ini diharapkan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pembantu rumah ini juga akan menajdi lebih terbaik,” kata Engku Fauzi.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan Presiden Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Jeffrey Foo pula berkata kadar tersebut sangat relevan berdasarkan keperluan kos dan risiko ditanggung pembantu rumah.
“Keputusan ini sememangnya ditunggu dan disifatkan sebagai kaedah menang-menang. Majikan akan terus mendapat pembantu rumah berkualiti manakala agensi pula dapat terus membekalkan amah,” kata Jeffrey.
Laporan sepenuhnya dapat diikuti menerusi video yang telah disediakan.
#amah #MAMA #PAPA #pembantu rumah
;