Malindo mulakan penerbangan ke Sydney pada 14 Ogos

Bernama
Jun 3, 2019 17:42 MYT
Sydney akan menjadi destinasi kelima Malindo Air bagi rangkaian perkhidmatannya di Australia, selepas Perth, Brisbane, Melbourne dan Adelaide.
Malindo Air akan memulakan perkhidmatan laluan baharuya dari Kuala Lumpur ke Sydney, Australia menerusi Denpasar (Bali), Indonesia, dari 14 Ogos, 2019.
Perkhidmatan itu ditawarkan setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan berhenti selama sejam di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai (Bali), sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata Sydney akan menjadi destinasi kelima Malindo Air bagi rangkaian perkhidmatannya di Australia, selepas Perth, Brisbane, Melbourne dan Adelaide.
"Kami percaya rangkaian perhubungan ini akan menarik pelancong peniagaan dan percutian dan menyokong dalam meningkatkan trafik penumpang dan mempromosikan ekonomi setempat dan pelancongan," katanya dalam kenyataan.
Tempahan kini boleh dibuat pada tambang promosi perjalanan sehala dari RM799 untuk Kelas Ekonomi dan RM2,899 untuk Kelas Perniagaan.
-- BERNAMA
#Australia #berhenti sejam di Bali #Indonesia #KLIA #Kuala Lumpur #Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur #Malindo Air #Melbourne #pelancongan #penerbangan #perkhidmatan laluan baharu #Perth #Sydney #terbang ke Sydney
;