Malindo Air larang alat pengangkutan peribadi pintar dibawa dalam pesawat

Bernama
Disember 28, 2015 19:41 MYT
Larangan membawa pengangkutan peribadi elektronik itu adalah selaras ketetapan yang disyorkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). - Gambar hiasan
Malindo Air hari ini mengumumkan larangan membawa masuk semua jenis alat pengangkutan peribadi pintar seperti 'hoverboard,' 'mini wheels,' basikal serta skuter elektrik dan segway mini ke dalam pesawatnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata larangan peralatan yang disenaraikan sebagai barangan berbahaya itu adalah selaras ketetapan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia sepertimana disyorkan pihak Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Menurutnya, hanya pek bateri boleh dicas semula serta gajet elektronik seperti komputer riba dan kamera digital bagi kegunaan peribadi atau berkaitan peranti elektronik perubatan berkuasa bateri litium kurang daripada kadar 100 watt-jam atau dengan kandungan litium kurang daripada dua gram, dibenarkan untuk bagasi yang dibawa masuk sahaja.
BACA: Malaysia Airlines larang alat pengangkutan peribadi berkuasa bateri litium ke dalam pesawat
#bateri litium #larangan #Malindo Air #pengangkutan peribadi
;