Malaysia vs Indonesia: Benarkah kita merudum?
Noor Azlan Ghazali
Julai 29, 2022 10:30 MYT
Julai 29, 2022 10:30 MYT
SELALU dipaparkan ekonomi Indonesia semakin baik dari Malaysia. Bagus mempunyai negara jiran yang hebat. Menjadi cabaran buat Malaysia.
Adakah kita mempunyai asas untuk kembali melonjakkan ekonomi negara kita berbanding negara jiran?
Saya semak penilaian dunia utama yang terkini terhadap kita. Berdasarkan beberapa indeks penilaian utama dunia, jawapannya YA! Kita ada asas.
Sangat jelas penilaian dunia terhadap Malaysia adalah jauh lebih baik dari Indonesia!
- World Competitiveness Index 2022: Malaysia (32) mempunyai daya saing yang lebih tinggi dari Indonesia (44)
TETAPI…
Pengamatan umum dalam sosial media, rakyat Malaysia seolah jauh lebih suka memburukkan negara sendiri. Hilang keyakinan dan merasakan Malaysia semakin merudum dalam banyak konteks.
Lebih buruk, seolah membenci negara sendiri. Terperangkap dengan serangan persepsi yang memburukkan negara sendiri.
Maaf. Itu yang sering dilaung dan dipaparkan. Bangun rakyat Malaysia. Kita ada kekuatan. Ini negara kita.
Yakin dengan keupayaan kita. Kalau dunia menilai kita lebih baik, walaupun bukan terbaik di dunia, kita mempunyai asas yang kuat.
Kalau dinilai lebih baik dari negara jiran. Mengapa kita menolak penilaian dunia terhadap kita. Yang tidak baik ada pada semua negara.
Kita terlalu banyak menghabiskan masa memikir dan membincang yang buruk dan tidak baik hingga kita lupa dan tidak percaya dengan kekuatan sendiri.
Masa untuk fokus pada kekuatan kita. Mungkin ini yang berlaku di negara jiran kita.
Hate Your Own Country Index? Saya belum jumpa indeks ini. Agaknya ranking kita tinggi kalau ada indeks ini.
Mohon maaf atas luahan saya.
Untuk Malaysia. Dari MINDA-UKM.
Penulis adalah Pengarah, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.