Ringkasan AI
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada Pakistan atas pemilihannya sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
- Pakistan menghargai sokongan Malaysia dan berhasrat bekerjasama untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.
- Perhimpunan Agung PBB memilih Denmark, Greece, Pakistan, Panama, dan Somalia sebagai anggota tidak tetap untuk tempoh dua tahun bermula Januari tahun depan.
Kementerian Luar Pakistan berkata Mohamad menyampaikan ucapan berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Pakistan Mohammad Ishaq Dar ketika mereka bertemu pada Sabtu di Istanbul, di luar mesyuarat tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) untuk membincangkan langkah-langkah menangani serangan genosid Israel ke atas Gaza.
Dar menyatakan penghargaan Pakistan terhadap sokongan Malaysia dan hasrat untuk bekerjasama bagi menegakkan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB, menurut kenyataan di X.
Perhimpunan Agung PBB pada Khamis lepas telah memilih Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia untuk berkhidmat sebagai anggota tidak tetap dalam majlis 15 anggota itu untuk tempoh dua tahun bermula Januari tahun depan.
-- BERNAMA